Vietnam.

Copypaste

Orang Melayu ini memang baik. Pendatang yang datang ke Tanah Melayu kerana mungkin dihukum bunuh oleh Dinasti China kerana memberontak dan tidak pernah dihalau. Begitu jugak, pendatang yang datang ke Tanah Melayu kerana sistem kasta yang amat teruk dihina dan didiskriminasi di negara sendiri dan agama sendiri.

Adakah nasib semua pendatang ke negara ASEAN menerima layanan yang baik seperti di Tanah Melayu?

Hari ini kita akan analisa kebanjiran orang Cina ke Vietnam yang kemudiannya dikurangkan dalam jumlah yang besar dalam kejadian pada tahun 1978 yang disebut “nạn kiều” dan mengapa ianya terjadi.

Sebelum tahun 1975, etnik Cina menguasai hampir semua kedudukan ekonomi penting di selatan Vietnam, terutama sektor pembuatan, pengedaran dan kredit.

Pada akhir tahun 1974, mereka berjaya menguasai lebih daripada 80% kemudahan pembuatan industri makanan, tekstil, kimia, metalurgi, elektrik dan hampir mencapai monopoli sehingga 100% sebagai pemborong, lebih daripada 50% peruncitan, dan 90% import dan eksport.

Pendatang dari China hampir berjaya mengawal harga pasaran di Vietnam Selatan sepenuhnya.

Selepas kejatuhan Saigon pada 30 April 1975, terdapat 1.4 juta etnik Cina yang tinggal di Vietnam Selatan, hanya 300 000 orang yang tinggal di Vietnam Utara. Etnik Cina merangkumi 4% keseluruhan penduduk Vietnam pada ketika itu.

Masalahnya bertambah buruk apabila etnik Cina mula menjadi angkuh dan mengibarkan bendera China serta gambar Mao di daerah Cho Lon setelah mereka berjaya menguasai sepenuhnya ekonomi Vietnam.

Pemerintah Vietnam merasa bimbang bahawa Negara China akan menggunakan kekuatan ekonomi etnik Cina untuk memberi tekanan dan memaksa Vietnam untuk mengikuti arahan mereka. Pemerintah Vietnam menganggap orang Cina di Vietnam sebagai masalah kedaulatan negara yang mesti ditangani supaya tidak menjadi barah.

Pada tahun 1978, etnik Tionghoa di Cho Lon membuat satu tunjuk perasaan dan secara biadap mengaku mereka akan terus kekal sebagai warganegara China di Vietnam.

Untuk menyelesaikan masalah ini, Setiausaha Agung Vietnam, Le Duan telah membuat keputusan yang sukar dan luar biasa demi kepentingan dan kedaulatan negara mereka.

Dia telah menasionalisasi hak milik orang Cina sebagai aset negara Vietnam. Pada bulan Mac, April 1978, kira-kira 30 000 perusahaan China dinasionalisasi.

Sebilangan besar orang Cina mula kehilangan kedudukan ekonomi mereka apabila pemerintah Vietnam mengawal ekonomi dengan ketat.

Menjelang tahun 1982, orang-orang Cina mula meninggalkan Vietnam secara berturut-turut atau pergi ke negara ketiga seperti Malaysia, Thailand, Indonesia.

Jadi, jangan ingat orang Cina hanya sampai di Malaysia sebelum merdeka. Seperti kebanjiran rakyat Indonesia hari ini, ramai orang Cina bolos masuk ke sempadan negara Malaysia dan kemudiannya mengaku hilang IC dan sebagainya untuk mendapat warganegara Malaysia selepas merdeka.

Menjelang tahun 1989, jumlah etnik Cina di Vietnam telah menurun dari 1.8 juta pada tahun 1975 menjadi hanya 900 000 orang. Etnik Cina tidak lagi dapat mengawal ekonomi Vietnam seperti sebelumnya kerana dasar nasionalisasi oleh pihak kerajaan.

Vietnam adalah salah satu rumpun Melayu dan sikap mereka lebih kepada bangsa kita. Mereka kini amat berjaya dalam bidang akademik dan ekonomi tanpa sekolah vernakular.

Pernahkah Kerajaan Melayu kita mengambil alih harta milik pendatang yang menguasai ekonomi dengan Dasar Nasionalisasi seperti di Vietnam?

Tidak pernah terfikir oleh orang Melayu kerana kita rata2 mudah bertolak ansur tapi jangan beransur2 terus ditolak dari menguasai ekonomi terutamanya melalui diskriminasi rasis terurus di tempat kerja.

Sumber dan credit: Norli Hassan

Metroskop

Ikuti pautan channel telegram kami, jom klik https://t.me/metroskop